Takaful yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab - kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.
Perbezaan takaful & insurans konvensional
Objektif
insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik
membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif
tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:
- "Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".
Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri utama yang membezakan takaful dan insurans konvensional?
Tanggal 15 Jun 1972 merupakan
tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian
yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional. Pada tarikh tersebut,
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah
memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana
yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini
adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai
dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur
1.gharar (tidak ketentuan),
2.maisir (judi)
3. riba.
No comments:
Post a Comment